• About school

          • Profile

          • SABK AL-HIDAYAH

             

            Kemunculannya di tengah-tengah kawasan perkampungan dan dikelilingi tanah-tanah sawah adalah merupakan suatu ketengan yang dimiliki oleh Sekolah Menengah Agama Rakyat Alhidayah atau ringkasnya SMARAH. Ia terletak 2 kilometer dari bandar Kuala Kurau.
            SMARAH pada peringkat awalnya terbina adalah dari hasil usaha dan semangat yang tinggi daripada masyarakat Parit Abas serta sokongan penduduk sekitarnya untuk melihat tertegaknya sebuah institusi agama yang bakal mendidik dan melahirkan anak-anak generasi pewaris Nabi SAW. Tiga tokoh agama yang berperanan ke arah menjayakan hasrat murni ialah ;
            1. Almarhum Tuan Hj Mohammad bin Haji Said ( Tuan Guru Hj Falakiah )
            2. Almarhum Tuan Hj Sulaiman bin Haji Mohd Yasin ( Bekas ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak )
            3. Almarhum Tuan Haji Tarip Bin Haji Nasir
            Penubuhan SMARAH telah didaftarkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Seramai 26 orang pelajar lelaki dan 72 orang pelajar perempuan telah memulakan sejarah pendidikan pengajian ilmu agama di SMARAH.
            Pada peringkat awal pengajian agama dan Bahasa arab yang dijalankan adalah berkisar pada peringkat rendah sahaja. Kelas yang terdapat pada ketika itu hanya tiga buah. manakala tenaga pengajarnya berjumlah 6 orang sahaja.
            Berikutan pertambahan pelajarnya maka pada tahun 1953 sebuah bangunan satu tingkat dibina. Kini bangunan tersebut berfungsi sebagai koperasi, bilik guru perempuan dan pusat sumber sekolah.
            Pada tahun 1963, sebuah lagi bangunan berukuran 20' x 120' dibina dengan mengandungi lima buah kelas. Bangunan ini dibina adalah hasil sumbangan yang diterima daripada Baitulmal, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Perak.
            Pada 1983, SMARAH telah dinaik taraf kepada peringkat Menengah. Lantaran itu nama sekolah pun ditukar daripada Madarasah Al-Hidayah Adiniah kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah. Aliran pengajian yang ditawarkan pada peringkat ini ialah Rabi' thanawi dan Akademik ( SRP ).
            Perkembangan SMARAH semakin membanggakan, pada tahun 1986 SMARAH dibenarkan menjalankan peringakat pengajian sehingga ke Tingakatn 5. Oleh yang demekian aliran pengajian yang tedapat di SMARAH adalah tiga peringkat iaitu PMR, SPM dan Rabi' Thanawi.

             


            Keputusan SPM yang cemerlang pada tahun 1992 telah membuka ruang pihak Baitulmal Negeri Perak untuk memberi sumbangan sebanyak RM 250,000.00. Lantanran itu sebuah bangunan satu tingkat yang dijadikan kelas. Turut dibina ialah sebuah kantin dan Makmal Kemahiran Hidup Bersepadu.
            Pada tahun berikutnya sekali lagi SMARAH menerima sumbangan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah lagi bangunan satu tingkat dan dijadikan sebagai bilik kelas dan dewan utama.Keputusan PMR pada tahun 1997, jesteru itu pada tahun 1998 SMARAH telah layak menerima bantuan bagi membina sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan asrama.
            SMARAH juga menerima beberapa sumbangan orang ramai yang antaranya termasuklah komputer yang telah disumbangkan oleh individu dan Majlis Agama Islam Perak.
            Dalam tahun 1997, berikutan penggubalkan semula anekmen kawalan sekolah-sekolah Agama Islam maka SMARAH juga turut didaftarkan semula dengan nombor pendaftarannya J.A.I.Pk / SMAR / PB. 16/97.
            Kini SMARAH mengorak selangkah lagi dengan kebenaran untuk menyediakan kelas STAM untuk lepasan SPM. Dengan berbekalkan guru-guru yang berpengalaman serta menyediakan sistem pembelajaran yang baik kepada pelajar meyakinkan lagi pihak sekolah untuk mencipta kecemerlangan yang lebih lagi bagi pelajaran STAM.
            PADA TANGGAL 17.5.2005, SMAR AL-HIDAYAH TELAH DISERAP KE SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN DIKENALI SEBAGAI SMA ALHIDAYAH PARIT ABAS KUALA KURAU PERAK. SEMOGA SEKOLAH INI TERUS MAJU DI MASA AKAN DATANG. SOKONG DAN BANTULAH KAMI ....