• Kurikulum

          • KURIKULUM BERSEPADU DINI

          •  
            Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Kemajuan Islam telah berjaya mengadakan Multaqa Pengetua SMAN, SMAR dan SABK Peringkat Kebangsaan Tahun 2014pada 19 hingga 20 Oktober 2014 Bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu . Program Multaqa  ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan isu-isu semasa pendidikan negara khususnya mengenai program membantu dan memperkasa Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat dari aspek pengurusan pentadbiran, P&P, sumber manusia, prasarana dan kemudahan melalui SABK.  Multaqa ini juga diharapkan dapat memberikan pengetahuan tentang hala tuju Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat di samping memberi motivasi kepada peserta sebagai satu peningkatan dalam kerjaya.
             
            Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah  mewakilkan kepada Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM untuk merasmikan multaqa tersebut.Beliau berharap program seumpama ini  dapat diteruskan dari semasa ke semasa untuk memartabatkan pendidikan Islam di negara ini.  Sistem pendidikan Islam turut mengalami perubahan dan struktur organisasinya ditambahbaik dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan  masyarakat dan negara.
             
            Di antara perkara-perkara yang telah dan sedang diusahakan oleh JAKIM ialah:
            a.               Menyelaras Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMAN/SMAR/SABK yang akan mula dilaksanakan pada Januari 2015 dengan kerjasama KPM dan pihak berkuasa agama negeri (JAIN).
            b.            Mengadakan kursus, seminar dan latihan kepada pengurus/pentadbir, guru-guru dan pelajar SMAN/SMAR.
            c.            Menyelaras pelaksanaan peperiksaan PT3 dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan, KPM
             
            Dalam majlis ini juga telah diadakan upacara penyerahan buku bantuan Bahasa Arab kepada semua SMAN, SMAR dan SABK yang menelan belanja sebanyak RM504,000.00 bagi sessi pengajian 2013 dan 2014. Buku bantuan ini adalah Kitab Berbahasa Arab yang diimport dari negara Arab.
             
            Semua pengurus dan pentadbir SMAN dan SMAR diharapkan  supaya merancang program untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar. Penguasaan bahasa Arab yang baik adalah sangat penting untuk menjamin mereka mendapat tempat pengajian di Universiti al Azhar seperti yang tuan-tuan dan puan-puan maklum semua pelajar lepasan STAM yang berminat untuk menyambung pelajaran  di Universiti al Azhar perlu menduduki ujian kelayakan bahasa Arab (UKBA) atau Imtihan Qabul.
             
            Kerajaan sentiasa memberi perhatian dan komitmen yang tinggi terhadap sistem dan pengurusan pendidikan Islam di negara ini. Sejajar dengan hasrat  untuk membangun dan melahir modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggiProgram ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah, di samping memelihara kebajikan guru serta murid. 
             
            Melalui pendidikan Islam diyakini dapat membantu mengurang masalah-masalah kemerosotan sosial dan kerapuhan akidah yang memporakperandakan kehidupan  masyarakat. Ia dikesan berlaku akibat dari kurangnya ilmu agama serta kehidupan pula tidak disulami dengan penghayatan dan amalan.