• Berita

          • MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
            • MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

            • Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan sekolah ini telah diadakan pada 23.1.2015 (Jumaat) yang lalu. Program yang bermula pada jam 10 pagi, dimulakan dengan sesi ucapan dan taklimat oleh pentadbiran sekolah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Us. Bahrudin Sulaiman Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian yang memantau program. Beliau turut sudi menyampaikan wang bantuan kepada sebahagian ibubapa yang dipilih khas. 

              Hampir 90 peratus ibubapa pelajar hadir mengambil wang bantuan. 

               

          • Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 / 2015 dan Minggu Orientasi
            • Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 / 2015 dan Minggu Orientasi

            • Seramai 70 orang pelajar baharu tingkatan 1 tahun ini telah mendaftar masuk ke sekolah. Para pelajar ini merupakan pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan terbaik dalam ujian kemasukan yang diadakan pada 29.11.2014 yang lalu. Sejumlah 40 pelajar perempuan dan 30 orang pelajar lelaki hadir melapor diri bersama ibubapa masing-masing. 

              Program pendaftaran ini ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pembayaran wang keperluan pembelajaran pelajar bagi buku tulis dan keperluan asrama. Bermula jam 10.00 pagi sesi taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua sekolah Tn Hj Mohd Said Hasnik, seterusnya taklimat bahagian kokurikulum oleh Cikgu Mohd Adzhar Yusuf, taklimat HEM oleh pegawai HEM Cikgu Mohd Nazruddin Abd Rasid dan slot taklimat terakhir disampaikan oleh UStaz Mohd Azahar Abu Bakar selaku PK Pentadbiran. 

              Semua ibubapa dan pelajar dilepaskan untuk kemasukan asrama sekitar jam 12 tengahari. Pelajar tingkatan 1 akan mengikuti program orientasi selama seminggu sebagai proses penyesuaian diri di alam sekolah menengah. Lagi foto menarik di Galery Foto.