• Berita

            • MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KOKU 2018

            • Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi bahagian HEM dan Kokurikulum tahun 2018 telah diadakan pada 17 November yang lalu. Majlis ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang terlibat dengan sukan dan permainan serta yang menjadi tulang belakang menjalankan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Murid. 

              Majlis yang dirasmikan oleh Mantan Pengetua Tn Hj Mohd Said hasnik ini turut dihadiri pegawai angkat sekolah Tn Hj Hasbullah Ahmad dari PPD Kerian.