• Berita

          • SESI PERSEKOLAHAN 2016 BERMULA
            • SESI PERSEKOLAHAN 2016 BERMULA

            • KUALA KURAU, 4 Jan 2016. Sesi persekolahan bagi tahun 2016 telahpun bermula. Bagi sekolah ini seramai 70 pelajar baru mendaftar diri masuk ke tingkatan 1. Dari jumlah itu, hampir 70 peratus memilih untuk tinggal di asrama sekolah. Dalam pada itu masih ada ibubapa dan waris pelajar yang memohon untuk anak mereka di masukkan ke asrama sekolah. Menurut wakil bahagianHal Ehwal Murid (HEM), penempatan ke asrama bagi tahun ini telah memenuhi kouta sebenar iaitu 240 meliputi jumlah pelajar lelaki dan perempuan. 

              Menurut penolong kanan pentadbiran sekolah, Ustaz Mohd Azahar Abu Bakar pelajar tingkatan 1 tahun ini merupakan pelajar kedua dalam projek rintis Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Beliau menambah lagi bahawa jumlah keseluruhan pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 berjumlah 320 orang. Ini merupakan sejarah baru bagi sekolah ini di mana mencapai tahap tertinggi bilangan pelajar dan hanya setakat ini yang mampu ditampung oleh sekolah bersesuaian dengan keadaan fizikal yang ada. 

              Manakala Ustaz Hj Mohd Said Hasnik selaku Pengetua sekolah dalam respon balasnya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepad apara pelajar dan ibubapa yang terus memberi kepercayaan kepada sekolah ini dengan menghantar masuk anak-anak ke sekolah ini. Beliau turut berharap agar pihak ibubapa dapat terus memberi kerjasama dalam pendidikan kepada anak-anak mereka sepanjangberada di sekolah ini.