• Berita

            • MTQ ZON PARIT BUNTAR 2015

            • Majlis Tadarus Al-Quran MTQ peringkat zon Parit Buntar telah dilangsungkan pada 7.3.2015 yang lalu bertempat di SMK Seri Perak Parit Buntar. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu menyaksikan sebanyak 11 sekolah di dalam zon Parit Buntar bersaing merebut tempat untuk mewakili zon ke peringkat daerah. 

              Sekolah ini telah memenangi Johan bagi acara Tilawah Perempuan melalui Saudari Nur Fatin Raihan Mohd Sani, Johan Syarahan Perempuan melalui Saudari Nur Atiqah Azman, Johan Hafazan Lelaki melalui adik Mohd Azwan Jemain dan tempat ketika hafazan perempuan melalui Saudari Nur Azimah. Dua lagi acara iaitu Syarahan Lelaki dan Tilawah lelaki hanya mampu meraih saguhati. 

              Dengan keputusan yang baik itu sekolah dinobatkan sebagai johan keseluruhan MTQ Zon P.Buntar buat kali ketiga berturut-turut. 

               

          • Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015
            • Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015

            • Pada hari Sabtu 28.2.2015 yang lalu telah diadakan pertandingan merentas desa peringkat sekolah yang menyaksikan semua pelajar turut terlibat. Pelajar diagihkan mengikut rumah dan pertandingan dijalankan dengan 4 kategori utama iaitu lelaki bawah 15 dan 18, perempuan bawah 15 dan 18. Kawasan larian yang terlibat adalah sekitar Parit Abas, Jalan Bobby, Parit Hj Said, Parti Hj Manan dan Parit Mat Ali. 

            • Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

            • Melalui bahagian SUMUR sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Diniah,  telah mengadakan sambutan Maulidurrasul Peringkat sekolah pada 16.1.2015 bertempat di Dewan Utama Sekolah. Majlis dimulakan dengan perarakan pelajar dari asrama lelaki sejauh hampir 500m ke sekolah sambil melaungkan selawat secara beramai-ramai. Majlis diserikan lagi dengan alunan Qasidah dan ceramah berkaitan kelahiran Nabi dan tuntutan mentaati perintah nabi Muhammad SAW. 

               

            • Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat sekolah

            • Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama bahagian diniah telah mengadakan pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah yang berlangsung pada 2-6 Februari 2015 yang lalu. Majlis ini yang diadakan bagi mencari wakil dan bakat baru bagi acara seperti Tilawah Al-quran, Hafazan, Syarahan, Nasyid dan Khat. Semua pemenang bagi setiap acara akan mewakili sekolah ke pertandingan MTQ peringkat zon Parit Buntar.