• Berita

            • PROGRAM IHYA RAMADHAN 1436

            • Bahagian Hal Ehwal Murid melalui Badan dakwah dan Kerohanian (BADAR) sekolah ini telah menganjurkan program Ihya Ramadhan bagi mengisi aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini. Beberapa aktiviti khusus bagi menghidup bulan Ramadhan ini dengan amal kebajikan dan ibadah telah disusun oleh BADAR. Menurut Pengarah program Pn Zubaidah Abd Rahim, program ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Antara program yang dijalankan seperti Tadarus Al-Quran, Qiamullail, memasak bubur lambuk, Ziarah Mahabbah, ceramah Ramadhan, sumbangan kepada keluarga miskin, iftar perdana bersama waris dan Khatam Al-Quran. 

              Program yang melibatkan semua warga sekolah ini turut mendapat kerjasama dari Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurusan Sekolah yang telah memberi sumbangan khas bagi menjayakan program yang dirancang. 

              Manakala menurut Pen. Kanan Hal Murid En Nazrudin Abd Rasid, program seperti merupakan program tahunan yang bertujuan mengisi dan menghidupkan bulan yang mulia bulan Ramadhan. Program seperti ini juga memberi input berguna kepada para pelajar sekolah ini dengan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. 

              Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para ibubapa dan penyumbang yang telah menjayakan program sepanjang Ramdhan kali ini.